....
Beberapa malam yang sudah. Ketika berkumpul bersama jiran-jiran lelaki di tempat lapang kawasan surau. Bersiap-siap meraikan pernikahan seorang anak jiran.
Kami, di pertengahan umur dan bekerjaya tetap, merasa kami satu golongan yang boleh dianggap sebagai kelas pertengahan yang dihormati masyarakat.
Salah seorang dari kami, seorang guru mengeluarkan sebatang rokok dan mencucuhnya.
Sambil menghembus asap dari paru-parunya, yang lain terus akur dan mengikut.
“Eh..baru-baru ini, Majlis Fatwa telah membuat satu fatwa” katanya.
“Orang lelaki diharamkan untuk bernikah dengan perempuan sekampung.” Katanya.
Dia mengajak diskusi ilmiah yang amat berat.
Masing-masing mengemukakan contoh yang rapat.
“Andai anak kamu bernikah dengan anak aku. Depan rumah. Tak kan tak boleh?”
“Macamana nak tentukan sempadan kampung?”
“kalau sekampung tapi anak duduk jauh-jauh..boleh?”
“atas alasan apa Fatwa itu?”
Dia diam.
Asap rokok disedut dan dihembuskan perlahan...
“Tak tahulah aku, tapi itulah Fatwanya…”
Satu polemik yang tak berkesudahan.
Semasa masing-masing diam.
Dia menyambung.
“Fatwa menyatakan bahawa lelaki hanya boleh berkahwin setakat
empat orang perempuan sahaja.
"Kalau satu kampung, tak boleh.”
Selamba.
Aku seakan-akan mahu berguling di atas tar, tempat letak kereta surau dalam malam yang pekat ...
nin9 - hepi besday nijai !
,
Feb 7, 2008
Polemik
catatan : M!aN.Gh ..@.. 18:11

1 comment:
hepi besday to my sister too.. nisa - 7 feb
Post a Comment