....
Iza jiran sebelah rumah.
Dia dan aku selalu tunggu bas sekolah yang sama.
"Dia kirim salam kat awak," kata Iza mengambil peranan sebagai posto.
Orang Melayu katanya berlapik. Sejak dari kecil lagi,
malu nak meluahkan isi hati secara terus terang.
Takut jatuh air muka.
"Waalaikumsalam."
Semua remaja faham "kirim salam" dari orang berlainan jantina
yang engkau tidak pernah bersembang,
walau seharian dalam bas sekolah yang sama,
bermakna dia sudah jatuh hati. Pengirim mahu hubungan yang serius.
Satu hubungan yang melibatkan engkau kena beli kad setiap 14 Februari.
"Siapa yang bagi salam?" aku tanya Iza.
Iza pun memberi deskripsi budak perempuan yang juga melanggan
bas sekolah yang sama dengan kami tetapi dari kejiranan yang lain.
Perbualan itu berhenti di situ. Aku tidak menunjukkan minat...
Kalaulah dia tahu, sebenarnya setiap kali Iza di ampaian menyidai kain,
aku mengendap di balik langsir.
Tidak berani. Hatta untuk menyampaikan salam.
m!an.gh~ abah sayang ibu !
Feb 14, 2008
cinte
catatan : M!aN.Gh ..@.. 14:38

4 comments:
ain pun sayang 'ibu' abah...
'ibu' abah baik..
mesti la kena syg kt abah dan ibu
mmm..kn !
ain??
soledad..!!!
Dua benda yang kita tahu dulu apabila belajar bahasa asing..
Satu - ucap selamat.
Dua - mencarut.
kahh..kahh.kah
Post a Comment