Mar 24, 2008

paradox

....

"Perempuan sekarang bukan kira sangat. Suami orang pun mereka ikut,"
keluh Hwan sambil mengenang nasibnya yang tidak berminah.

"Perempuan suka lelaki matang. Stabil. Sabar. Penyayang.
Tetapi kebanyakan yang begitu sudah jadi suami orang."
Aku menoktahkan komentar dengan menghirup Neslo dari gelas besar.
Beb melihat kepada Hwan,
"Engkau dah tahu macam gitu, orang bujang macam engkau,
kena la berlagak macam suami orang."

Aku menyambung, "Baru engkau dapat minah."

"HaHaHa!" Aku dan Beb ketawa.
Hwan tidak ketawa. Dia tidak puas hati.

Hwan bersuara lagi,
"Aku nak tanya korang berdua. Macamana suami-suami orang
boleh memikat minah-minah muda ni?"

"Senang je... Mereka berlagak bujang,"

"HaHaHa!" Aku dan Beb ketawa lagi.
Hwan masih tidak ketawa.

Dia keliru. Samada mahu berlagak bujang atau mahu berlagak dah kahwin.
Selagi dia berguru dengan aku dan Beb,
sampai ke tua la Hwan tak berminah..

,

2 comments:

Anonymous said...

addess!!! baris pertama ...

M!aN.Gh said...

parasol..
idup ini tiade noktah..
tpi.. idup ini bernoktah !