Jan 6, 2008

1 Cent

....

"Ini bakinya. Sila datang lagi," kata juruwang MatDaud sambil menghulurkan RM20.30 kepada aku.

"Kurang satu sen," kata aku sambil menunjukkan wang tunai yang dia bagi tadi dan resit yang tertulis nyata - Baki RM20.31.

"Satu sen nak juga?"

"Eh! Itu duit saya. Satu sen pun duit juga. Kalau 10 orang awak tidak bagi satu sen, awak sudah dapat 10 sen. Kalau 10 hari, sudah satu ringgit. Kalau satu bulan?
Kalau 1 tahun? kalau 10 tahun?"

"Tapi kami sudah kehabisan syiling satu sen."

"Satu sen itu hak saya. Saya mahu duit itu!"

Barisan pelanggan mula memanjang di belakang aku tetapi aku belum mahu berganjak. Aku mula mengetuk-ngetuk kaunter dengan jari.

Juruwang itu capai tabung derma di depan mesin wang dan mengeluarkan siling satu sen. Dia menghulurkan siling itu kepada aku. "Nah!"

Aku jadi bengang. Tabung itu adalah dana untuk orang-orang yang tidak bernasib baik. Pelanggan-pelanggan yang pemurah memasukkan baki duit ke dalam tabung itu dengan niat untuk membantu orang lain. Bukan untuk membantu korporat MatDaud menyediakan baki siling.

Pun begitu, aku terima juga siling itu. Dan. Aku masukkan semula siling satu sen itu ke dalam tabung.

Giliran juruwang itu pula bengang dengan aku. Dia kata, "Kalau begitu, tidak payahlah saya bersusah payah mengeluarkan siling itu tadi."

Aku jawab, "Duit saya. Suka hati sayalah mahu derma ke dalam tabung ini. Bukan macam awak, merompak dari tabung derma."

"Nanti saya pulanglah duit yang saya ambil itu," kata juruwang itu menarik muka.

"Ye la tu,"



Aku meninggalkan restoran itu sambil menjinjing kotak ayam goreng dan memberi ruang kepada pelanggan berikutnya. Dan. Terdengar wacana stok antara juruwang dan pelanggan dari jauh, "Welcome to MatDaud.!.. Makan sini atau bungkus..?"

,

3 comments:

Anonymous said...

huhu.. parasol pun penah experienced insiden tu kat restoran mat daud jalan ulu kelang..

Anonymous said...

parasol pun penah ada kes mcm tu kat restoran mat daud..

Anonymous said...

lebih kurang je kt mana2..
kayeffsii pun sama !